About Me

My photo

Ibu kepada 4 putera dan 2 puteri, cahayamata bersama-sama Ustaz Norawi Endut. Kini kami menetap di Besut. Pernah bertugas sebagai Pensyarah UiTM Kuala Terengganu manakala suami pernah bertugas di Putrajaya. Sekian lama tinggal berjauhan, saya nekad meninggalkan halaman di Kuala Terengganu untuk mengikut suami yang bertukar ke sini. Dunia baru sebagai suri rumah sepenuh masa di sebuah daerah baru...
Blog  :  http://nolizawatimohdsaad.blogspot.com/ 
Emel :  nolizawatimohdsaad@gmail.com,
FB     :  https://www.facebook.com/notie.saad           
https://www.facebook.com/nolizawati.mohdsaad

Google+ Followers

Wednesday, 5 February 2014

Baru dan lama saling bermanfaat.

Yang lama kini, dulunya pernah baru. Hari ini, yang lama akan dibuang atau ditinggalkan. Selamat tinggal dan terima kasih.


Yang lama berganti baru. 


Yang baru pada hari ini, sampai masanya akan menjadi lama.



Walau apa pun di sekeliling kita, begitulah hakikatnya.
Manusia berganti manusia. Dari generasi ke satu generasi. 

Teknologi berganti teknologi.
Yang kekal biasanya hanyalah ilmu yang ditinggalkan. 

Hidup sekali biar bermanfaat. 




Sedangkan gajet lama yang tidak lagi berfungsi hari ini, pernah berperanan suatu ketika dulu. Dulu canggih, kini ditelan zaman. Pernah wujud, cukup dan amat membantu. Kini tenggelam dan lupus.

Sememangnya, setiap sesuatu telah dijelaskan di dalam Al-Quran ada tempohnya. Bangunan yang canggih sekali pun, sampai masanya akan tumbang juga.

http://wahyudiezei.blogspot.com/2013/05/ayat-ayat-tentang-tempat-tinggal.html


Itulah putaran alam. 
Amat menggerunkan, sampai masanya bumi ini juga ada tempohnya. 

Selagi kita masih berpeluang menikmati segala kemudahan yang ada di atas muka bumi ini, sama-sama kita gunakan ke jalan yang bermanfaat. 

Sampai masanya, kita bukan lagi di atas, tetapi jauh di dalam perut bumi. Tiada lagi tekonolgi canggih yang boleh menghubungkan kita sesama kita. 

Yang ada hanya aliran aplikasi ketika di dunia nyata. Mungkin ilmu bermanfaat yang kita tinggalkan...

Selamat berblog 
Selamat membaca...
Selamat menulis...
Selamat berkongsi ilmu... 


Monday, 6 January 2014

SEGMEN BLOGLIST MyCherita #1 2014


SEGMEN BLOGLIST MyCherita #1 2014
Buat pertama kali nya Mycherita melancarkan Segment Bloglist MyCherita #1 2014.Untuk segmen ini seramai 10 orang blogger akan di pilih menghiasi bloglist MyCherita dalam masa 3 bulan (Januari-Febuari-Mac 2014).

Oleh yang demikian berikut adalah syarat-syarat penyertaan :

1. Follow blog MyCherita ( wajib )

2. Add G+ MyCherita ( wajib )

3. Like Facebook Fanpage MyCherita ( Wajib )

4. Buat satu post entri dan beri tajuk segmen "SEGMEN BLOGLIST MyCherita #1 2014 ".

5 . Follow Twitter MyCherita ( jika ada )

6. Letak link post ini didalam post entri anda. ( wajib )
( jika anda buat entri sendiri la, bagi yang copy code diatas tidak perlu buat)

7. Sila letak link post entri anda diruang komen dibawah entri ini ( wajib )

Mudah kan..???

Mari sama-sama join segmen ini agar traffic backlink kita akan berterusan mengalir bagi memantapkan kan lagi saham blog kita semua.. ;-)


Segmen bermula 06 Januari 2014 Sehingga 15 Januari 2014

Diharap segmen ini mendapat sambutan dari rakan-rakan semua.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...