About Me

My photo

Ibu kepada 4 putera dan 2 puteri, cahayamata bersama-sama Ustaz Norawi Endut. Kini kami menetap di Besut. Pernah bertugas sebagai Pensyarah UiTM Kuala Terengganu manakala suami pernah bertugas di Putrajaya. Sekian lama tinggal berjauhan, saya nekad meninggalkan halaman di Kuala Terengganu untuk mengikut suami yang bertukar ke sini. Dunia baru sebagai suri rumah sepenuh masa di sebuah daerah baru...
Blog  :  http://nolizawatimohdsaad.blogspot.com/ 
Emel :  nolizawatimohdsaad@gmail.com,
FB     :  https://www.facebook.com/notie.saad           
https://www.facebook.com/nolizawati.mohdsaad

Google+ Followers

Thursday, 12 December 2013

Tulis dan kongsi, agar bermanfaat


Alhamdulillah, setiap insan yang membaca pasti boleh menulis. Hasil tulisan dikongsi dan disebar akan memberi manfaat kepada lebih ramai pembaca. Pahala berterusan jika pula dapat diamal. 

Tulisan yang hanya diperam di dalam buku catatan tidak akan ke mana. Hanya kita yang baca dan tahu. Baca pun mungkin hanya sekali, itu pun semasa ianya ditulis. Insan yang didedikasi pun tidak tahu. 

Itulah yang terjadi kepada saya 15 tahun dahulu. Saya peramkan puisi sajak saya buat ayahbonda. Mereka pun tidak tahu. Saya pun sudah lupa. Akhirnya, setelah terjumpa semula di dalam buku catatan lama (ketika di universiti dahulu) saya membacanya kembali. 

Ada satu rasa yang ingin dikongsi. Saya mencuba mengirimkannya ke meja editor. Tiada harapan tinggi yang ditagih. Hanya redha kiranya hanya di'bakulsampah'kan. Sebulan, tiada jawapan. 2 dan 3 bulan terus berlalu. 

Akhirnya tanpa disangka-sangka, sampul berisi karya yang tersiar tiba di tangan. Alhamdulillah...gembira tidak terkata. Tidak sia-sia mencuba. Rupanya hanya sebulan selepas dihantar terus tersiar. Saya yang tidak tahu (atau tidak ambil tahu). Setelah 5 bulan tersiar, baru saya mendapat berita. Datangnya bersama pula rezeki yang tidak disangka, bayaran yang tertangguh, tidak dituntut. 


Tulisan yang diperam akan terus terperam. Bila dikongsi, lebih bermakna. Karya pertama di halaman bercetak memberi inspirasi untuk terus berkongsi agar ada manfaat buat semua....

Terima kasih kerana sudi membaca...
Terima kasih kerana sudi menulis dan berkongsi.
Selamat berblog...

Wednesday, 4 December 2013

Alhamdulillah, ulas dan menang "Saya Tunggu Awak"


Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya turut tersenarai sebagai salah seorang pemenang Peraduan Ulas dan Menang buku bertajuk "Saya Tunggu Awak". 

Sebuah buku yang sedang mendapat tempat di hati pembaca ketika ini. Peraduan telah dijalankan melalui FB dan dianjurkan sendiri oleh penulisnya Bonda Nor dan team Galeri Ilmu.

 

Ulasan penuh boleh dibaca di "Saya Tunggu Awak - Bonda Nor"

http://duniabukukami.blogspot.com/2013/11/saya-tunggu-awak-bonda-nor.html

Sila klik untuk paparan yang lebih jelas

Ulasan menarik dari rakan peserta : 

http://rainbowisoverusnow.blogspot.com/2013/11/ulasan-novel-saya-tunggu-awak-oleh.html
Sila klik untuk bacaan penuh

Sememangnya buku "Saya Tunggu Awak" sangat menarik untuk diselak helaian demi helaian. 

Tiada yang akan terasa rugi untuk mengkhatamkannya...

Saya Tunggu Awak
Saksikan kisahnya...





Selamat membaca dan menulis yang bermanfaat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...