Saturday 31 August 2013

Komen di blog

Kalau kita takde blog, kita cuma baca dan komen kat blog orang. Bila kita ada blog sendiri, orang lain pula yang baca dan komen kat blog kita. Betul tak? Rasanya berbeza...





Tunggulah komen pertama di blog anda. Ada komen, ada orang baca. Bila orang baca, semoga bermanfaat, dapat pahala...

Friday 30 August 2013

Apa faedahnya buat blog ni...

Seronok ke tak seronok itu satu hal, la kan. Yang penting faedah yang dapat diperolehi dari berblog ni.

Bagi sesiapa yang ingin komited membuat dan mengemaskinikan blog, setiap saat lebih berharga dari masa sebelum berblog. Kalau tak percaya, cubalah...

Kisah benar 1 
(Graduan Kejuruteraan yang berkhidmat dengan sebuah syarikat Jepun)

"Kalau dulu saya suka layari laman sesawang muka buku (Facebook) atau baca blog-blog orang terutama blog yang ada resepi, salin resepi orang dan cuba sendiri. Tidak terfikir langsung nak ada blog sendiri dan kena menulis untuk menjadi bahan bacaan yang berguna untuk orang lain.Blog yang saya suka tentang resepi terutama yang ada gambar langkah demi langkah sebab senang nak ikut dan buat rujukan"
........
Seterusnya.... 
" Selepas saya ceburi atau belajar di kelas asas blog dan fan page secara atas talian online, saya makin banyak menggunakan masa yang yang ada untuk sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan hasil atau pulangan berbentuk keuntungan kepada saya. Pulangan tersebut adalah selain saya dapat ilmu-ilmu yang baru yang semuanya adalah percuma, saya lebih belajar cara untuk buat perniagaan dengan rakan-rakan yang ada.  
Selain itu saya dapat juga kawan-kawan baru yang sama-sama minat dalam bidang ini. Setelah mendapat suntikan dan belajar kelas asas blog dan fan page ini, saya jadi lebih bersemangat dan rutin hidup saya mulai berubah. Saya sering bangun awal pagi di mana sebelum subuh, lebih kurang 5.30 pagi. Semangat berniaga telah mendorong saya untuk lebih berusaha pada awal pagi. " 



 Erm... Anda bila lagi...Selamat berblog. Asal bermanfaat.

Thursday 29 August 2013

Seronok ke ada blog

Kalau kita buat apa yang kita suka, tentulah seronok. Seronok lagi kalau kita suka apa yang kita buat, kan...

Seronok atau tidak terpulang. 1 bonus sekiranya kita dapat sesuatu yang di luar jangka dari blog kita. Perkara yang baik-baik saja...

Siapa tak seronok kalau tengok blog sendiri ada kat dalam  blog list (senarai blog) blog orang lain.



Terima kasih Kak Ain ...

















Selamat mencuba...

Wednesday 28 August 2013

Ada guru ada murid

Bila kita buat blog dengan cara berguru, komitmen kita bertambah. 

Blog kita akan hidup selagi kita hidup, insyaAllah. Bila kita meninggal, diharapkan tinggallah blog kita sebagai ilmu bermanfaat yang boleh diamalkan untuk kebaikan bersama. 

Cikgu yang baik dan bagus akan memastikan muridnya berjaya. Itulah kepuasan sebenar seorang guru. Begitu juga guru blog.

Blog Guru/Mentor



Blog Murid/Protege




Seorang mentor blog yang hebat menghasilkan protege blog yang hidup ceria dan bermakna. 

Sungguh bahagia dan membahagiakan. Ukhuwah juga terjalin erat. Dari alam maya, ukhuwah diterjemah ke alam nyata. 

Seronoknya berblog...

Tuesday 27 August 2013

Belajar kat sini pun boleh...

Buat blog tak boleh paksa-paksa. Buat dari hati. Belajar laaagi tak boleh paksa. Nak belajar kat mana pun tak boleh paksa. Sekarang ni, pilihan terlalu banyak. 

 

Salah satunya ada di sini. Student (Pelajar) pun dah ramai.




Testimoninya pun menggalakkan. 
Saya pun dah. 
Sangat puas hati. Terima kasih cikgu...





Monday 26 August 2013

Nak belajar kat mana

Kalau nak seribu daya. Kat mana-mana pun ada dan boleh saja. Kalau yang berbayar tu, kena pilih betul-betul. Biar berbaloi dengan bayaran di buat. Pilihan di tangan kita.

Blog dibuat sendiri secara 'try & error ' mesti tak sama dengan blog berguru. Berguru free (percuma) dan berbayar lagi tak sama.
 

SEBELUM BELAJAR
 



SELEPAS BELAJAR
 

 Yang kaya boleh upah orang terus untuk buat blog. Tak perlu belajar-belajar lagi. Beri duit dan tengok hasilnya. Komen itu ini mengikut kehendak dan keperluan. Lagi senang. 

Namun, kepuasannya tak kan sama. Hasil kerja sendiri dengan orang lain lagi banyak bezanya.


Sunday 25 August 2013

Kenapa nak bayar buat blog

Semua benda dalam dunia kena bayar. Apatah lagi masa. Masa paling mahal la kotnya. Bila belajar berbayar, samada atas talian (online) atau masuk kelas, kursus pendek atau sebagainya, pastinya hasil berbeza dengan kelas percuma.

Logiknya, bila berbayar ada guru yang memantau. Bila dipantau, kesilapan mudah dikesan dan ditegur. Cikgu ni pun mesti berbuat sesuatu untuk meningkatkan kualiti anak muridnya. Murid pun terkesan dengan keberadaan guru samada secara online atau dalam kelas. Bila malas ada yang menegur, barulah ada motivasi.

Bagi yang saja suka-suka, belajar online secara percuma pun banyak. Boleh juga tanya-tanya kat komen. Tapi kita tidaklah boleh mengharap. Kalau jawab, ya. Kalau tak, tak boleh nak marah-marah. Semua orang ada komitmen. Percuma la katakan. Kalau dapat yang baikhati nak melayan sentiasa, kira okey dah tu. Tapi tak elok dan tak baik pula rasanya kalau kita asyik nak bertanya itu ini kalau sekadar kenal kat online je... 

Buku pun banyak. Kena rajin membaca lah ye. Tu pun nak kena bayaar juga beli buku. Pinjam kat perpustakaan awam  pun boleh. Kena baca cepat sampai khatam. Kalau tidak, buku kena pulang balik, tapi tak sempat habis baca pula.


Apa-apa pun terpulang. Nak berblog boleh, tak nak pun boleh. Masing-masing punya rasa, asal gembira dan menggembirakan orang lain juga.  

Friday 23 August 2013

Kenapa buat banyak blog

Bak kata mat salleh 'Something is better than nothing'. Ada 1 blog pun dah cukup baik. Kira okey la tu. Orang yang buat banyak tu mungkin ada cerita berbeza.




Ada blog bisnes, ada blog dakwah, ada blog kisah dan motivasi. Macam-macam...




Terpulanglah kepada pemiliknya. Siapa rajin, dia buat banyak-banyak.



Apa pun, banyak tak penting. Yang penting isinya dan perlu dibuat kemas kini.


Thursday 22 August 2013

Susah ke nak buat blog

Nak buat blog tidaklah susah sangat. Nak pastikan blog sentiasa dikemaskini (update),  tu yang sedikit susah. Perlukan komitmen. 

Kalau ada banyak blog, lagi payah nak kemaskini selalu. Tak kisahlah, ada orang yang fokus pada satu blog sahaja, blog lain hanya tambahan. Kemaskini pun sekali sekali sahaja, mengikut keperluan. 

Sendiri buat, sendiri rasa. Yang seronoknya buat blog, kalau kita cari kat enjin carian (search engine), terus jumpa. Mudah saja.


Wednesday 21 August 2013

Cara nak buat blog pun ada

Ada orang buat blog saja suka-suka. Ada orang nak kongsi-kongsi info. Ada juga yang nak mengajar dan memberi tips-tips tertentu. 

Orang Profesional buat blog, suri rumah pun buat blog. 


Ramai orang buat blog. Cikgu, anak murid, ibubapa, anak-anak. Kita pun ada blog. Tapi ada juga kita yang tidak ada blog. Tak kisah mana-mana pun, asal bahagia. 

Yang penting, cara nak buat blog pun ada. Percuma dan berbayar semua ada...




Tuesday 20 August 2013

Ada kedai ada iklan

Kedai banyak, iklan pun banyak. Ada iklan kena bayar, ada iklan dapat duit. Macam-macam bisnes ada. 

Peluang nak tambah duit ada, peluang nak habiskan duit lagi ada. Sendiri-sendiri bajet.


Monday 19 August 2013

Kedai dalam blog

Macam-macam kedai ada... Duk rumah je, boleh beli macam-macam. Ada kedai makanan, makanan sunnah pun ada.


Sunday 18 August 2013

Apa ada dalam blog

Apa yand ada? Banyak...banyak sangat. Macam-macam ada. Bergantung kepada apa yang kita suka. Mesti ada. Cuba tengok...


Bukan sahaja resepi kuih muih sahaja yang ada. Segala resepi kehidupan, dunia dan akhirat juga ada. Terserah. Apa yang kita cari, itu yang kita dapat...

Friday 16 August 2013

Kenapa perlu berblog

Kenapa? Jawapannya banyak. Terpulang kepada niat masing-masing. 

Jika kita mahu bercakap di depan orang, sedikit payah.
Jika kita mahu menulis sebuah buku, mungkin lambat.

Jika kita berblog, sangat mudah. Seolah bercakap di depan ramai orang di seluruh dunia. Walaupun tidak ada seorang pun manusia membuka blog kita. Kita perasan seorang diri. 

Menulis blog juga mudah. Tulis apa sahaja seperti anak kecil yang menyonteng dinding. Tapi, kita boleh perasan seperti penulis terkenal yang sedang menyiapkan manuskripnya. 

Tiada yang melarang dan tiada yang memaksa. Buat asal gembira, jangan sampai terdesak.

Mata pena lebih tajam dari mata pedang. Begitu juga blog. Blog boleh menjadi tajam seperti mata pena, mata pedang, bom atom dan apa sahaja. Blog hanya di hujung jari.

Blog boleh menjadi medan ilmu, asal bemafaat untuk dunia dan juga akhirat. Pastinya alam kubur juga.



Wednesday 14 August 2013

Blog

Blog memberi 1000 makna. Terpulang. Makna tersurat dan tersirat. 


Kenapa ada blog. Apa ada pada blog. Blog ada macam-macam. Ada ilmu ada manfaat. Ada juga khianat ada juga bahaya. Tepuk dada tanya selera. Peluang buat pahala, tidak kurang juga ruang terjerumus dengan dosa. Pilihan di tangan kita. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...