Alhamdulillah, hari ini 01-1o-13 genaplah sudah 3 bulan saya mendaftar Kelas Asas Blog Fan Page & Dropship.
Bermula 01 Julai, saya dengan penuh yakin telah mendaftarkan diri kepada Guru Zaila Binti Mohamad. Setelah solat hajat, istikharah dan mendapat keizinan suami, saya tidak ragu-ragu dengan keputusan yang dibuat.
Kini ternyata keputusan yang diambil tidak sia-sia. Perkenalan secara tidak dirancang dengan Puan Zaila Mohamad adalah di bawah perancangan Allah swt.
Dari blog turun ke facebook. Begitulah kisah kami bermula. Setelah 'terjumpa' kisah percutian Puan Zaila Mohamad ke destinasi sama yang sedang dirancang, saya menghubungi beliau di FB untuk mendapatkan info berkaitan lokasi tersebut.
Ditakdirkan Allah, suatu hari saya terlihat 'posting' Puan Zaila Mohamad berkenaan Kelas Asas Blog Fan Page & Dropship. Kebetulan pada masa itu, saya sedang tertarik kepada tawaran iklan sebagai ejen dropship oleh tudung online yang sedang saya langgani.
Malu bertanya sesat jalan, ibarat orang mengantuk disorongkan bantal saya terus merujuk kepada Puan Zaila Mohamad yang sedang membuat 'post' berkaitan. Keterangan yang sangat jelas dan ikhlas amat menarik hati saya walaupun saya asing baginya (tapi bukan makhluk asing, he he..). Ciri-ciri sahabat seIslam yang ditunjukkan memperlihatkan kebolehpercayaan terhadapnya (cam bodek je ni.. he he..).
Beliau sanggup memperturunkan ilmunya dan meluangkan masa melayan pertanyaan saya walaupun saya bertanyakan tentang produk dan bisnes orang lain. Hasilnya, saya mencipta laman Fanpage dan berdaftar kepada Koleksi Tudung Ummu Sofiey dengan Fanpage pertama saya Tudung Mukminah.
Melihat kepada sambutan yang menggalakkan, saya membuat keputusan untuk mendaftarkan diri kepada Cikgu Zaila Mohamad yang baik hati. Bukan duit semata-mata yang dicarinya, tapi usaha untuk menolong surirumah supaya menjana pendapatan sendiri.
Di bawah bumbung Akademi Bekerja di Rumah, beliau bersama Puan Masayu Ahmad telah menjalankan rangkaian gergasi di seluruh tanahair Malaysia dan juga luar negara termasuk Jepun dan sebagainya. Niatnya sungguh suci. Puan Masayu Ahmad sendiri adalah mantan Editor Karangkraf yang menjadi pengasas kepada 2 kelas yang sedang berjalan serentak.
1. Kelas Asas Blog Fan Page & Dropship
2.Kelas Asas Blog & PenulisanRangkaian blog alumni yang mencapai lebih ratusan blog pula secara tidak langsung menjadi ejen iklan kepada SOHO Directory yang menawarkan iklan berbayar.
Untungnya, iklan percuma diberikan kepada pelajar yang telah berjaya serta melepasi tahap yang digariskan.Untung berganda bila yuran pendaftaran kelas hanya sekali, tetapi saya mendapat peluang menjadi ejen dropship seumur hidup.
Sangat menarik dan berbaloi-baloi. Saya sangat berpuashati.

Blog pertama saya di bawah kelolaan Puan Zaila Mohamad
Besut, aku datang...Tinggal gaji, kejar suami..
telah mencapai 4381 'pageview'
Blog bisnes Kedai Makanan Sunnah Online dan Fanpage Makanan Sunnah Online sebagai ejen dropship terus beroperasi di bawah tunjuk ajar Puan Zaila Mohamad dan Puan Masayu Ahmad. Jualan pertama saya perolehi pada hari pertama saya mencipta laman Fanpage tersebut.
Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan buat dua orang insan yang berjasa dalam hidup saya di arena bisnes maya ini (sebenarnya saya tidak pernah pandai berbisnes).
A. Kebaikan kelas
1. Mendapat komentar berguna untuk kemandirian blog di alam siber. Tips berterusan sentiasa diberikan dari masa ke semasa berkaitan blog, 'fanpage' dan bisnes. (walaupun pelajar telah tamat kelas)
2. Rangkaian meluaskan perniagaan semakin berkembang dengan pertambahan pendaftaran pelajar dari hari ke hari. Sambutan luar jangka amat menggalakkan. Pertambahan bertali arus ahli pelajar yang sudah sekian lama berbisnes juga telah membuka tawaran baru untuk menjadi ejen dropship bagi yang berminat.
3. Iklan dan publisiti sentiasa dijalankan untuk memperkenalkan blog-blog pelajar menerusi rangkaian yang ada. Semestinya ukhuwah bertambah dan peluang berkongsi ilmu pengetahuan terbentang luas. Saya juga 'berjumpa' kembali dengan rakan sekolah (SESMA) yang terpisah setelah lebih 20 tahun meninggalkan alam persekolahan.
B. Keburukan kelas (bagi saya sahaja)
Masa yang perlu saya peruntukkan di hadapan 'skrin' bertambah. Hikmahnya saya lebih menghargai masa dan sayang sekiranya masa yang ada dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa berbuat apa-apa.
C. Cadangan supaya menaiktaraf kelas.
1. Mewujudkan :
i- Data asas pelajar secara terbuka (guru sudah ada)
Tujuan : supaya sesiapa yang berminat boleh melihat sejauh mana perkembangan kelas yang sedang berlansung. Pelajar juga diberi angka giliran untuk senang dirujuk.
ii- Senarai semak tugas (secara umum untuk pelajar)
Tujuan : supaya pelajar sentiasa peka dan membuat semakan tugas terkini yang sentiasa ditambah dari masa ke semasa.
ii- Status pelajar
Tujuan : supaya pelajar mendapat tahu kemasukan ahli baru yang masuk berbondong-bondong serta tahap masing-masing. Boleh wujudkan semangat kerjasama untuk saling membantu.
2. Mewajibkan semua pelajar menyertai rangkaian guru dan sesama ahli.
3. Menggunapakai konsep 'rakan seblog' (buddy) untuk memberi komen dan kritikan membina di antara satu sama lain. Boleh membuat pilihan sendiri, suka sama suka dengan pelajar yang serasi (mungkin bisnes yang sama).
Maklumat kelas dan guru online
Pengasas : Puan Masayu Ahmad
Guru : Puan Zaila Mohamad
Kelas : 1. Kelas Asas Blog Fan Page & Dropship
2. Kelas Asas Blog & Penulisan
Testimoni
Jemputlah singgah dan melawat ke Blog dan Fanpage saya.
Blog saya
1. Besut, aku datang...Tinggal gaji, kejar suami..
2. Kedai Makanan Sunnah Online
3. Apa ada pada BLOG
4. Dunia buku kami
5. Auliya Family
Fanpage Saya
1. Makanan Sunnah Online
2. Tudung Mukminah
3. Blog&Buku Al-Amin
4. Auliya Kids
Sekian, wassalam.
Bahagia dan membahagiakan...
saya setuju dengan rekomendasi tu.. lebih teratur dan bermanfaat untuk semua. :)
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan dan beroleh manfaat untuk semua. Tqvm Syakira, sudi respon..
ReplyDelete