Wednesday 4 September 2013

Lebihnya belajar

Kelebihan belajar memang tidak dinafikan. Saya sendiri belajar. Bukan kerana terpaksa atau paksaan. 

Saya berkenalan dengan guru blog secara tidak langsung. Ketika tercari-cari blog berkaitan Kundasang, 1 tempat yang ingin dilawati, saya terjumpa blog beliau yang menceritakan pengalamannya di sana. 



Saya tertarik dan berkenalan pula di Facebook. Di situ, saya melihat iklan tentang belajar asas blog dan fanpage untuk bisnes. 

Kebetulan pula saya yang baru berjinak-jinak dengan dunia 'membeli' secara online ketika itu, telah ditawarkan untuk menjadi ejen dropship oleh kedai online tersebut. Saya yang buta bisnes online terus bertanya kepada guru blog yang baru dikenali. Orang mengantuk disorongkan bantal, saya terus serius dengan bisnes online. Bermula sebagai ejen dropship kepada kedai online yang saya langgani sebelum ini. Saya mencipta fanpages saya sendiri tanpa belajar, tetapi setelah mendapat ilham daripada guru blog yang baik hati.

Setelah mendaftarkan diri sebagai pelajar online pula, saya diminta membuat fanpages baru dan diberi pakej dropship juga. Kini, saya menjadi ejen dropship kepada dua kedai online yang berlainan. Sebelum dan selepas belajar. Berbeza pendekatan. 

Setelah belajar, kita sentiasa dibimbing dari semasa ke semasa dan diperkenalkan dengan rangkaian rakan-rakan bisnes yang lebih besar. Pengiklanan menjadi lebih mudah. Blog kita juga dipantau oleh guru kita untuk penambahbaikkan. Saya seronok dengan dunia baru saya.

Masing-masing punya dunia tersendiri. Buat asal gembira. Jangan terdesak dan terpaksa. Usaha selagi daya. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...