Sunday 22 September 2013

Apa yang saya belajar tentang buat duit dengan blogging

Saya mula berblog sejak Julai 2010. 

Sekadar suka-suka selepas berpindah ke tempat baru dan menempuh alam baru sebagi surirumah sepenuh masa.


 
Kemudian saya biarkan sahaja blog saya bersawang selama bertahun. Tidak saya endahkan lagi. Saya tidak kisah.

 

Suatu hari, saya berpeluang untuk menghantar artikel ke salah satu syarikat penerbitan, sekadar mencuba nasib. Bermula hari itu, saya bersemangat semula mengaktifkan kembali blog saya yang sudah lama koma, 'hidup segan, mati tak mahu'. 

Bermulalah fasa baru dalam hidup saya. Saya sangat rajin berblog. Tujuan saya adalah sebagai medium latihan menulis. Saya cuba melakukan setiap hari, semampu mungkin. Blog semata-mata, tiada niat untuk mencari pendapatan tambahan melalui berblog. Blog pun sekadar blog asas sahaja.

Dua bulan selepas itu, saya berkenalan dengan seorang guru blog. Saya telah mengunjungi blog beliau secara tidak langsung ketika mencari maklumat tentang tempat percutian yang sedang dirancang. Rahmat perancangan Allah mengatasi segala. Rupanya ada rezeki untuk saya di sini. Dari blog tersebut, saya menghubungi beliau dan berkenalan melalui facebook pula. 

Suatu hari, saya terlihat iklan yang beliau siarkan untuk belajar Asas Blog dan Fanpage untuk Bisnes. Saya rasa sedikit berminat dan cuba untuk mendapatkan maklumat lanjut. Keterangan yang diberi amat jelas sekali dan menarik hati saya.


Bermula 01 Julai 2013 saya tidak ragu-ragu mendaftar dan bermulalah alam blogging (berblog) yang menjana pendapatan bagi saya. Terhasillah blog pertama saya dibawah tunjuk cara guru yang budiman.  


Blog saya diberi komentar begitu begini untuk penambahbaikan. Blog baru yang ibaratnya langit dengan bumi dengan blog saya yang terdahulu.   




Saya sangat berpuashati dengan blog yang baru dibina. Semangat saya untuk terus menulis membuak-buak.  





Saya seterusnya disarankan untuk membentuk laman fanpage dan seterusnya blog untuk bisnes. Alhamdulillah, saya telah dapat menikmati pulangan yang sangat berbaloi dengan blog dan fanpage saya.
 
Saya juga dilatih untuk menjana pendapatan sampingan secara pasif dari blog melalui iklan-iklan yang disiarkan. Sambil menyelam sambil minum air. Rezeki bertambah-tambah, Alhamdulillah.

Mudahnya buat duit dengan blogging (berblog).

Terima kasih juga saya ucapkan kepada Encik Sabree Hussin yang menganjurkan  
Mini Contest : Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging.

Peluang yang ada memberi inspirasi kepada saya untuk menulis catatan ini. 

Sebenarnya, banyak peluang yang boleh diraih dengan menyertai pertandingan yang kerap dianjurkan melalui blog-blog yang ada. 

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Apa salahnya mencuba. Tiada yang melarang. Buat sambil gembira, bukan kerana terpaksa.  Untung-untung dapat duit juga. Bak kata orang, cara buat duit dengan blogging.


Untuk keterangan lanjut, sila rujuk sini.

http://www.sabreehussin.com/blogging/mini-contest-apa-yang-saya-belajar-tentang-buat-duit-dengan-blogging/ 
 
Tarikh
22 September 2013 12.01 am hingga 15 Oktober 2013 11.59 pm. 


Penaja : 
1. Titan http://ahmadfaizal.com
2.Juan http://www.wanwidget.com
3.Suri  http://www.cahayacinta.com

Mini contest ini mendapat sokongan penuh blogger Pakar iaitu Titan, Juan dan Suri.

Sama-sama kita kongsi pengalaman masing-masing. Jom pakat-pakat buat duit ramai-ramai dengan blogging. Saling bantu-membantu bagai aur dengan tebing. Moga beroleh manfaat dan dikurniakan ganjaran pahala juga. 

 

4 comments:

  1. Tahniah.. sy juga masih baru & bnyk yg perlu dipelajari.. semoga terus sukses ye.. amin.

    ReplyDelete
  2. Sama-sama belajar. Moga beroleh manfaat semuanya...

    ReplyDelete
  3. masih banyak yang saya kena belajar lagi nih..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...