Friday 30 August 2013

Apa faedahnya buat blog ni...

Seronok ke tak seronok itu satu hal, la kan. Yang penting faedah yang dapat diperolehi dari berblog ni.

Bagi sesiapa yang ingin komited membuat dan mengemaskinikan blog, setiap saat lebih berharga dari masa sebelum berblog. Kalau tak percaya, cubalah...

Kisah benar 1 
(Graduan Kejuruteraan yang berkhidmat dengan sebuah syarikat Jepun)

"Kalau dulu saya suka layari laman sesawang muka buku (Facebook) atau baca blog-blog orang terutama blog yang ada resepi, salin resepi orang dan cuba sendiri. Tidak terfikir langsung nak ada blog sendiri dan kena menulis untuk menjadi bahan bacaan yang berguna untuk orang lain.Blog yang saya suka tentang resepi terutama yang ada gambar langkah demi langkah sebab senang nak ikut dan buat rujukan"
........
Seterusnya.... 
" Selepas saya ceburi atau belajar di kelas asas blog dan fan page secara atas talian online, saya makin banyak menggunakan masa yang yang ada untuk sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan hasil atau pulangan berbentuk keuntungan kepada saya. Pulangan tersebut adalah selain saya dapat ilmu-ilmu yang baru yang semuanya adalah percuma, saya lebih belajar cara untuk buat perniagaan dengan rakan-rakan yang ada.  
Selain itu saya dapat juga kawan-kawan baru yang sama-sama minat dalam bidang ini. Setelah mendapat suntikan dan belajar kelas asas blog dan fan page ini, saya jadi lebih bersemangat dan rutin hidup saya mulai berubah. Saya sering bangun awal pagi di mana sebelum subuh, lebih kurang 5.30 pagi. Semangat berniaga telah mendorong saya untuk lebih berusaha pada awal pagi. " 



 Erm... Anda bila lagi...Selamat berblog. Asal bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...