Sunday 25 August 2013

Kenapa nak bayar buat blog

Semua benda dalam dunia kena bayar. Apatah lagi masa. Masa paling mahal la kotnya. Bila belajar berbayar, samada atas talian (online) atau masuk kelas, kursus pendek atau sebagainya, pastinya hasil berbeza dengan kelas percuma.

Logiknya, bila berbayar ada guru yang memantau. Bila dipantau, kesilapan mudah dikesan dan ditegur. Cikgu ni pun mesti berbuat sesuatu untuk meningkatkan kualiti anak muridnya. Murid pun terkesan dengan keberadaan guru samada secara online atau dalam kelas. Bila malas ada yang menegur, barulah ada motivasi.

Bagi yang saja suka-suka, belajar online secara percuma pun banyak. Boleh juga tanya-tanya kat komen. Tapi kita tidaklah boleh mengharap. Kalau jawab, ya. Kalau tak, tak boleh nak marah-marah. Semua orang ada komitmen. Percuma la katakan. Kalau dapat yang baikhati nak melayan sentiasa, kira okey dah tu. Tapi tak elok dan tak baik pula rasanya kalau kita asyik nak bertanya itu ini kalau sekadar kenal kat online je... 

Buku pun banyak. Kena rajin membaca lah ye. Tu pun nak kena bayaar juga beli buku. Pinjam kat perpustakaan awam  pun boleh. Kena baca cepat sampai khatam. Kalau tidak, buku kena pulang balik, tapi tak sempat habis baca pula.


Apa-apa pun terpulang. Nak berblog boleh, tak nak pun boleh. Masing-masing punya rasa, asal gembira dan menggembirakan orang lain juga.  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...