Friday 16 August 2013

Kenapa perlu berblog

Kenapa? Jawapannya banyak. Terpulang kepada niat masing-masing. 

Jika kita mahu bercakap di depan orang, sedikit payah.
Jika kita mahu menulis sebuah buku, mungkin lambat.

Jika kita berblog, sangat mudah. Seolah bercakap di depan ramai orang di seluruh dunia. Walaupun tidak ada seorang pun manusia membuka blog kita. Kita perasan seorang diri. 

Menulis blog juga mudah. Tulis apa sahaja seperti anak kecil yang menyonteng dinding. Tapi, kita boleh perasan seperti penulis terkenal yang sedang menyiapkan manuskripnya. 

Tiada yang melarang dan tiada yang memaksa. Buat asal gembira, jangan sampai terdesak.

Mata pena lebih tajam dari mata pedang. Begitu juga blog. Blog boleh menjadi tajam seperti mata pena, mata pedang, bom atom dan apa sahaja. Blog hanya di hujung jari.

Blog boleh menjadi medan ilmu, asal bemafaat untuk dunia dan juga akhirat. Pastinya alam kubur juga.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...