Thursday 12 December 2013

Tulis dan kongsi, agar bermanfaat


Alhamdulillah, setiap insan yang membaca pasti boleh menulis. Hasil tulisan dikongsi dan disebar akan memberi manfaat kepada lebih ramai pembaca. Pahala berterusan jika pula dapat diamal. 

Tulisan yang hanya diperam di dalam buku catatan tidak akan ke mana. Hanya kita yang baca dan tahu. Baca pun mungkin hanya sekali, itu pun semasa ianya ditulis. Insan yang didedikasi pun tidak tahu. 

Itulah yang terjadi kepada saya 15 tahun dahulu. Saya peramkan puisi sajak saya buat ayahbonda. Mereka pun tidak tahu. Saya pun sudah lupa. Akhirnya, setelah terjumpa semula di dalam buku catatan lama (ketika di universiti dahulu) saya membacanya kembali. 

Ada satu rasa yang ingin dikongsi. Saya mencuba mengirimkannya ke meja editor. Tiada harapan tinggi yang ditagih. Hanya redha kiranya hanya di'bakulsampah'kan. Sebulan, tiada jawapan. 2 dan 3 bulan terus berlalu. 

Akhirnya tanpa disangka-sangka, sampul berisi karya yang tersiar tiba di tangan. Alhamdulillah...gembira tidak terkata. Tidak sia-sia mencuba. Rupanya hanya sebulan selepas dihantar terus tersiar. Saya yang tidak tahu (atau tidak ambil tahu). Setelah 5 bulan tersiar, baru saya mendapat berita. Datangnya bersama pula rezeki yang tidak disangka, bayaran yang tertangguh, tidak dituntut. 


Tulisan yang diperam akan terus terperam. Bila dikongsi, lebih bermakna. Karya pertama di halaman bercetak memberi inspirasi untuk terus berkongsi agar ada manfaat buat semua....

Terima kasih kerana sudi membaca...
Terima kasih kerana sudi menulis dan berkongsi.
Selamat berblog...

2 comments:

  1. salam...singgah kat sini..
    http://ceritamayapersada.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. semoga terus berjaya.. aamiin..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...