Sunday 20 October 2013

Blog sebagai rakan ilmu

Kita sudah biasa mendengar ramai orang menyebut buku sebagai teman. Teman ketika sunyi, teman dalam perjalanan, teman di mana saja, teman ilmu yang sentiasa di sisi. 

Al-Quran juga begitu. Lebih dari teman, petunjuk dan segala. Al-Quran juga buku, kitab yang diwahyukan. Pemiliknya Penulis Qalam Yang Agung. Helaiannya wajib diselak dan diamal. Bacaan harian, penambah amal, pemangkin ibadah.

Blog juga ibarat buku. Blog juga boleh menjadi teman. Teman di mana sahaja, tidak kira masa. Teman dan rakan ilmu. Ilmu yang dikongsi oleh ramai blogger (penulis blog).

Hikmah Perkongsian Ilmu

Dengan gadget (alat) yang cuma 1, bermacam ilmu dan kisah boleh di bawa. Berjuta tajuk hanya dalam 1. Tidak seperti buku yang perlu dikendong berat. Siapa yang rajin dia yang dapat.

Alam bacaan bertambah ceria. Alam ilmu luas berkembang. Blog menjadi rakan ilmu yang mesra. Ada warna dan ada rasa. Pembaca memilih mengikut citarasa. Berkelana di dunia maya. Dunianya luas, jauh tapi dekat. Dekatnya sehingga hampir menidakkan insan di sisi.

Seorang rakan bersuara, "Keluar makan bersama, tetapi masing-masing sibuk dengan dunianya". Tiada bualan mesra di meja makan. "Lebih baik angkat kaki!". Hilang nikmat berkawan. Gadget (alat) dan isinya menjadi pemisah.

Semoga walau siapa kita, sebagai rakan atau saudara (terutamanya ahli keluarga terdekat), dunia maya di alam blogging (berblog) tidak menjadi pemisah. Blog bukan pemisah. Blog tetap rakan ilmu. Kita tetap mesra bersama rakan dan keluarga di alam nyata. 

Sama ada sebagai penulis atau pembaca blog, kita tetap sama. Ada hukum yang kita patuh, ada adab yang kita ikut. Di mana bumi dipijak, di situ langit kita junjung. Walaupun berblog di dunia maya, dunia zahir tetap dirai. 

Selamat berblog. 
Selamat berbahagia.


4 comments:

  1. blog bagaikan diari..tp depend pada diri masing2. ;)

    ReplyDelete
  2. Subhanallah walhamdulillah.. t kasih diatas sebaran & juga perkongsian ilmu. Mmg itulah kelebihan yg ada pada bolg berbanding dgn media2 yg lain. Semoga bersama2 kita semua beroleh keberkatan diatas perkongsian yg baik.. amin.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...