Sunday 6 October 2013

Memanfaatkan peluang berblog

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. 

Blogger (penulis blog) meninggal akan meninggalkan blog-blog yang beraneka macam. Kita tidak tahu bila masanya saat kita, justeru peluang yang ada perlu digunakan sebaik mungkin untuk memanfaatkan blog sebaik-baiknya. 

Biarpun kita mungkin tidak mampu meraih banyak pahala kerana blog kita bukannya blog pak-pak ustaz atau ustazah yang memberikan ilmu & tazkirah, tapi biarlah blog kita tidak menyumbang atau berkongsi dosa. Apa yang kita paparkan bukan sahaja menjaga kepentingan diri kita tetapi orang lain juga dari segi maruah, aurat, rahsia dan keaibannya. 

Setiapnya akan memberi kesan dalam kehidupan kita semua. Bukan sahaja di dunia tetapi yang lebih mengesankan ialah akhirat yang tidak akan membawa kita kembali ke sini untuk membuat sebarang pembetulan.

Lebih baik lagi, sekiranya ada sedikit ilmu yang bermanfaat samada ilmu dunia atau ilmu akhirat yang boleh ditinggalkan untuk dikongsi. Setidak-tidaknya mengalir juga pahala amal jariah. Sedikit yang ikhlas asal bermanfaat. Kita bukan orang agama(ustaz/h) tetapi biarlah kita juga menjadi insan beragama. Yang baik dibuat, yang salah dijauhi....

Saya terjumpa sebuah blog yang amat menyentuh hati saya. Semoga arwah Nafastari damai di sana. Pahala mengalir berterusan buat beliau. Al-fatihah buatnya dan doa yang baik-baik untuk blog dan insan yang ditinggalkannya.
 



Selain daripada blog yang ditinggal, beliau juga sempat meninggalkan penulisan beliau yang telah dibukukan. Diari Seorang Diplomat-Hikmah yang tersirat. Sangat bermanfaat. Ya Allah, semoga hasil penulisan beliau menjadi sumber pahala yang tidak pernah kering baginya di alam sana. (nota : buku ini turut dijadikan hadiah oleh http://kasihlestariabadi.blogspot.com kepada pemenang  September Giveaway By KasihLestariAbadi .)

Semoga pahala juga buat yang menyebarkan buku tersebut... 


nota:
Arwah terlibat dengan kemalangan maut setelah terlangar kuda di Kilometer 38, Jalan Kuala Terengganu - Permaisuri, dekat Kampung Rhu Tapai, Merang pada 2011 (sumber : metro).
PERMAISURI: Kejutan kecil untuk keluarga yang dirancang seorang petugas Kedutaan Malaysia di Pakistan dengan tidak memberitahu kepulangannya ke tanah air bertukar menjadi kejutan besar apabila dia terbunuh dalam perjalanan ke rumah orang tuanya selepas kereta dipandunya melanggar seekor kuda....link




4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...