Tuesday 8 October 2013

Tulislah lagi dan lagi...

Saya teruja membaca catatan seorang Editor. Kisah yang menggamit hati dan perasaan. Apabila doa dimakbulkan - Nuri Supian.



Benarlah bakat adalah Anugerah Allah. Segalanya adalah Anugerah Allah. Doa penghubungnya.
 
Sesiapa sahaja boleh menulis. Kita menulis, mereka menulis. Tapi, siapa yang baca? 

Tidak mengapa tiada yang baca pada hari ini. Kita sendiri mungkin pernah terjumpa artikel-artikel yang diperlukan hanya setelah dicari. 

Carian di dunia maya tanpa sempadan memudahkan urusan. Sekali terjumpa, syukur pada Tuhan, Allah yang Memberi. Terasa nikmatnya. Padahal sebelum ini, kita sendiri tidak pernah sedar kewujudan catatan berharga tersebut. 


Terima kasih kepada yang sudi menulis. Apatah lagi sudi pula berkongsi dengan semua. Mungkin kita bukan penulis blog, tetapi kita pembaca blog. Pembaca juga menyumbang. Memberi semangat kepada yang menulis walau datangnya tidak disedari. Namun dia tetap tetamu.

Tidak kurang juga yang berkata, "Alah, tiada masa la nak menulis-nulis ni, lagi la nak berblog-blog ....".

Di zaman teknologi yang kian canggih, kemudahan menulis di mana-mana. Tekan sahaja aksara. Di dalam kereta pun boleh... (Jangan sambil bawa kereta, sudah..). 

Ada juga yang bersungut "Tak suka la blog-blog ni...berkomunikasi dengan orang yang tidak kenal." Terpulang kepada pendapat masing-masing. 

Bagi yang menulis dan membaca, pasti ada masa yang telah diluang. Masa lebih dihargai daripada membiarkan berlalu begitu sahaja. Ada perkara yang lebih bermanfaat untuk dilakukan. Boleh buat dua kerja dalam satu masa. 

Sambil menulis sambil membaca. Orang yang sedang membaca tidak semestinya sedang menulis. Orang menulis, semestinya membaca apa yang sedang ditulis.


Sambil menyelam, sambil minum air. Kita buat kita dapat.
Selamat menulis.
Selamat membaca...

4 comments:

  1. Subhanallah.. perkongsian yg baik.. semoga berkat kehidupan.. amin.

    ReplyDelete
  2. Nolizawati terima kasih kerana sudi menjenguk laman blog saya. Semoga kita menjadi kawan. Sama-samalah kita berkongsi ilmu dan pengalaman. Mungkin berguna kalau bukan hari ini, esok... Selamat bersahabat!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...