About Me

My photo

Ibu kepada 4 putera dan 2 puteri, cahayamata bersama-sama Ustaz Norawi Endut. Kini kami menetap di Besut. Pernah bertugas sebagai Pensyarah UiTM Kuala Terengganu manakala suami pernah bertugas di Putrajaya. Sekian lama tinggal berjauhan, saya nekad meninggalkan halaman di Kuala Terengganu untuk mengikut suami yang bertukar ke sini. Dunia baru sebagai suri rumah sepenuh masa di sebuah daerah baru...
Blog  :  http://nolizawatimohdsaad.blogspot.com/ 
Emel :  nolizawatimohdsaad@gmail.com,
FB     :  https://www.facebook.com/notie.saad           
https://www.facebook.com/nolizawati.mohdsaad

Google+ Followers

Thursday, 21 November 2013

Syair yang tertulis.


https://www.facebook.com/photo.php?fbid=729442530416515&set=a.111922525501855.13186.100000523255437&type=1&theater
Sumber : FB Bonda Nor (Penulis buku bestseller Saya Tunggu Awak)
Hanya sebuah syair. Sudah tertulis sekian masa, bertahun yang lalu. Namun, ilmunya terakam kukuh. 

Sebuah syair, sebuah perjuangan...Hebatnya ilmu yang ditulis dan disebar...

Kesannya, anak muda memburu syahid. Matinya mulia, walau di dunia tiada yang kenal. Alam malaikat namanya gemilang. Semoga pahala terus mengalir buat yang menyampaikan...

Sumber : Petikan FB  Bonda Nor :
Subhanallah! Siapa sangka? 
Bait-bait syair Imam As-Syafie ini telah memberikan inspirasi buat Ahmad Ammar untuk berkelana. Lalu dia syahid dalam misi kemanusiaannya. 
Kata penceramah terkenal Turki sewaktu khutbahnya di sisi jenazah Ammar,

“Alangkah bahagianya Ammar kerana akan bangkit bersama Abu Ayyub Al-Ansari, sahabat Nabi yang mulia, yang Nabi pernah tidur di rumahnya. 
Abu Ayyub merantau dari Madinah ke Istanbul dan Ammar merantau dari Malaysia ke Istanbul dan syahid di sini. 
Ammar syahid pada bulan Muharam ini.Pada bulan di mana Nabi Ayub sembuh dari penyakitnya, bulan di mana Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara, bulan di mana Allah membelah lautan untuk menyelamatkan Nabi Musa.
Apakah ini satu kebetulan? Tidak, ini rezeki buatnya. Ada yang merencana takdirnya!".......
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10200919539327538&set=a.4641911922599.1073741826.1137098371&type=1&theater
Sumber: FB Bonda Amar
Aura Allahyarham Saudara Ammar berkitar setelah ketiadaannya. Perginya meninggalkan ilmu dan semangat kepada yang bernyawa.

Hidup dan matinya bermanfaat buat ummah. Namanya didendang setelah pulang kepada Tuhan. Rahmat Allah buatnya dan seluruh kehidupan. 

Semoga semangat juang anak muda ini terus mengalir dari generasi ke generasi. Walau tiada zuriat yang ditinggalkan, anak-anak muda hari inilah penyambung warisan...


Sumber: FB Bonda Amar






Selamat menulis. Semoga beroleh manfaat. 

Selamat berblog....

    

4 comments:

  1. alfatihah buat Allayarham Saudara Ammar...

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat keatas rohnya & menempatkan beliau dikalangan org2 yg beriman.. Al Fatihah.. aamiin.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...