Wednesday, 2 October 2013

1st G.A of Gangentry

Assalamualaikum semua..


Objektif segmen ini :
1. meningkatkan kenalan blog selain dapat mengeratkan silaturrahim
2. dapat berkenalan dengan blogger-blogger baru & lama
3. dapat meningkatkan trafik/followers di blog


Syarat & Peraturan:
1. Follow blog dan fanpage sponsor
2. Buat entri bertajuk "1st G.A of Gangentry"
3. Copy coding di bawah dan paste di ruang HTML entri.

Follow blog Geng entry & Plus|Like Fan Page
ref="https://www.facebook.com/pages/Geng-entry/215205611870710" target="_blank">Fan Page

Like fanpage sponsor :


Join Group Blogger:

4. Publish dan tinggalkan link di ruang komen ya
5. Jika rajin anda patut pergi ke blog- blog rakan yang sertai segmen ini

Tuesday, 1 October 2013

Testimoni Kelas Asas Blog & Fanpage

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, hari ini 01-1o-13 genaplah sudah 3 bulan saya mendaftar Kelas Asas Blog Fan Page & Dropship.

Bermula 01 Julai, saya dengan penuh yakin telah mendaftarkan diri kepada Guru Zaila Binti Mohamad. Setelah solat hajat, istikharah dan mendapat keizinan suami, saya tidak ragu-ragu dengan keputusan yang dibuat.

Kini ternyata keputusan yang diambil tidak sia-sia. Perkenalan secara tidak dirancang dengan Puan Zaila Mohamad adalah di bawah perancangan Allah swt. 

Dari blog turun ke facebook. Begitulah kisah kami bermula. Setelah 'terjumpa' kisah percutian Puan Zaila Mohamad ke destinasi sama yang sedang dirancang, saya menghubungi beliau di FB untuk mendapatkan info berkaitan lokasi tersebut. 

Ditakdirkan Allah, suatu hari saya terlihat 'posting' Puan Zaila Mohamad berkenaan Kelas Asas Blog Fan Page & Dropship. Kebetulan pada masa itu, saya sedang tertarik kepada tawaran iklan sebagai ejen dropship oleh tudung online  yang sedang saya langgani. 

Malu bertanya sesat jalan, ibarat orang mengantuk disorongkan bantal saya terus merujuk kepada Puan Zaila Mohamad yang sedang membuat 'post' berkaitan. Keterangan yang sangat jelas dan ikhlas amat menarik hati saya walaupun saya asing baginya (tapi bukan makhluk asing, he he..). Ciri-ciri sahabat seIslam yang ditunjukkan memperlihatkan kebolehpercayaan terhadapnya (cam bodek je ni.. he he..). 

Beliau sanggup memperturunkan ilmunya dan meluangkan masa melayan pertanyaan saya walaupun saya bertanyakan tentang produk dan bisnes orang lain. Hasilnya, saya mencipta laman Fanpage dan berdaftar kepada Koleksi Tudung Ummu Sofiey dengan Fanpage pertama saya Tudung Mukminah. 

Melihat kepada sambutan yang menggalakkan, saya membuat keputusan untuk mendaftarkan diri kepada Cikgu Zaila Mohamad yang baik hati. Bukan duit semata-mata yang dicarinya, tapi usaha untuk menolong surirumah supaya menjana pendapatan sendiri. 

Di bawah bumbung Akademi Bekerja di Rumah, beliau bersama Puan Masayu Ahmad telah menjalankan rangkaian gergasi di seluruh tanahair Malaysia dan juga luar negara termasuk Jepun dan sebagainya. Niatnya sungguh suci. Puan Masayu Ahmad sendiri adalah mantan Editor Karangkraf yang menjadi pengasas kepada 2 kelas yang sedang berjalan serentak. 
 1. Kelas Asas Blog Fan Page & Dropship
 2.Kelas Asas Blog & Penulisan
Rangkaian blog alumni yang mencapai lebih ratusan blog pula secara tidak langsung menjadi ejen iklan kepada SOHO Directory yang menawarkan iklan berbayar. 

Untungnya, iklan percuma diberikan kepada pelajar yang telah berjaya serta melepasi tahap yang digariskan.Untung berganda bila  yuran pendaftaran kelas hanya sekali, tetapi saya mendapat peluang menjadi ejen dropship seumur hidup. 

Sangat menarik dan berbaloi-baloi. Saya sangat berpuashati. 

Kini saya sudah pun mempunyai  5 blog dan 4 Fanpage untuk diuruskan secara bersama dengan anak-anak saya sebagai medium latihan kepada mereka. 1 blog asal yang sedia ada sebelum belajar, saya 'bekukan' buat sementara waktu. Fanpage Tudung Mukminah terus berjalan dan telah pun mencapai jualan tertinggi di kalangan ejen yang ada. 
Blog pertama saya di bawah kelolaan Puan Zaila Mohamad 

Besut, aku datang...Tinggal gaji, kejar suami..  

telah mencapai 4381 'pageview'



Blog bisnes Kedai Makanan Sunnah Online dan Fanpage Makanan Sunnah Online sebagai ejen dropship  terus beroperasi di bawah tunjuk ajar Puan Zaila Mohamad dan Puan Masayu Ahmad. Jualan pertama saya perolehi pada hari pertama saya mencipta laman Fanpage tersebut. 

Jualan secara 'pukal' amat mengujakan saya bila seorang rakan lama sudi membeli 6 botol jus delima tanpa perlu saya mempromosikannya terlebih dahulu. Bagi mereka yang sudah mengetahui khasiat sesuatu produk, agak mudah berbisnes. Orang tahu, orang mahu.   

Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan buat dua orang insan yang berjasa dalam hidup saya di arena bisnes maya ini (sebenarnya saya tidak pernah pandai berbisnes).


A. Kebaikan kelas

1. Mendapat komentar berguna untuk kemandirian blog di alam siber. Tips berterusan sentiasa diberikan dari masa ke semasa berkaitan blog, 'fanpage' dan bisnes. (walaupun pelajar telah tamat kelas)

2. Rangkaian meluaskan perniagaan semakin berkembang dengan pertambahan pendaftaran pelajar dari hari ke hari. Sambutan luar jangka amat menggalakkan. Pertambahan bertali arus ahli pelajar yang sudah sekian lama berbisnes juga telah membuka tawaran baru untuk menjadi ejen dropship  bagi yang berminat.

3. Iklan dan publisiti sentiasa dijalankan untuk memperkenalkan blog-blog pelajar menerusi rangkaian yang ada. Semestinya ukhuwah bertambah dan peluang berkongsi ilmu pengetahuan terbentang luas. Saya juga 'berjumpa' kembali dengan rakan sekolah (SESMA) yang terpisah setelah lebih 20 tahun meninggalkan alam persekolahan.

B. Keburukan kelas (bagi saya sahaja)
Masa yang perlu saya peruntukkan di hadapan 'skrin' bertambah. Hikmahnya saya lebih menghargai masa dan sayang sekiranya masa yang ada dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa berbuat apa-apa.

C. Cadangan supaya menaiktaraf kelas.

1. Mewujudkan :
i- Data asas pelajar secara terbuka (guru sudah ada) 
Tujuan : supaya sesiapa yang berminat boleh melihat sejauh mana perkembangan kelas yang sedang berlansung. Pelajar juga diberi angka giliran untuk senang dirujuk.

ii- Senarai semak tugas (secara umum untuk pelajar) 
Tujuan : supaya pelajar sentiasa peka dan membuat semakan tugas terkini yang sentiasa ditambah dari masa ke semasa. 

ii- Status pelajar 
Tujuan : supaya pelajar mendapat tahu kemasukan ahli baru yang masuk berbondong-bondong serta tahap masing-masing. Boleh wujudkan semangat kerjasama untuk saling membantu.

2. Mewajibkan semua pelajar menyertai rangkaian guru dan sesama ahli.


 
3. Menggunapakai konsep 'rakan seblog' (buddy) untuk memberi komen dan kritikan membina di antara satu sama lain. Boleh membuat pilihan sendiri, suka sama suka dengan pelajar yang serasi (mungkin bisnes yang sama).

Maklumat kelas dan guru online
Pengasas  : Puan Masayu Ahmad
Guru         : Puan Zaila Mohamad
Kelas        :  1. Kelas Asas Blog Fan Page & Dropship
                     2. Kelas Asas Blog & Penulisan

Testimoni

Jemputlah singgah dan melawat ke Blog dan Fanpage saya.

Blog saya
1. Besut, aku datang...Tinggal gaji, kejar suami..
2. Kedai Makanan Sunnah Online  
3. Apa ada pada BLOG
4. Dunia buku kami
5. Auliya Family

Fanpage Saya
1. Makanan Sunnah Online
2. Tudung Mukminah
3. Blog&Buku Al-Amin 
4. Auliya Kids


Sekian, wassalam. 
Bahagia dan membahagiakan...

 

Monday, 30 September 2013

Sunday, 29 September 2013

Ada kisah orang kita di tempat orang

Dengan menjengah ke blog orang-orang kita di tempat orang, kita juga dapat menambah pengetahuan. Seolah-olah kita juga di bumi mereka. Jauh berjalan luas pengalaman.





Saturday, 28 September 2013

Surirumah sebagai blogger

Suri rumah sebagai blogger (penulis blog). 


Ramai suri rumah yang mula berkecimpung di dalam bidang blog sebagai sekadar suka-suka.

 

Namun akhirnya, dibuat secara serius, mendapat manfaat yang berguna. 

Daripada blogger bertukar menjadi penulis buku pun ramai juga. Sama ada buku atau e-book (buku digital), kedua-dunya saling bermanfaat. 


Tidak kurang juga surirumah yang menjalankan bisnes kecil-kecilan melalui blog. Daripada kecil-kecilan bisnes dikembangkan pula menjadi bisnes gergasi. 

 

Rezeki di mana-mana. Tidak perlu lagi bekerja di luar rumah. Hanya dari dalam rumah, surirumah menjana pendapatan.  



Hanya dengan berblog.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...